DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UNTUK PELANGGAN / BAKAL PELANGGAN Kami menghargai data peribadi pelanggan dan bakal pelanggan kami. Dasar Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan kami selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“ PDPA”). Pengumpulan dan Sumber Dalam perjalanan urusan anda dengan kami, IJM Land Berhad dan subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikatnya (dirujuk secara kolektif sebagai “ kami” dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini), kami akan meminta anda untuk membekalkan data peribadi anda (“ Data Peribadi”), bagi membolehkan kami untuk memasuki transaksi dengan anda atau menghubungi anda mengenai perkhidmatan dan/atau produk yang berkaitan dengan perniagaan kami.
Ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:. perjanjian untuk jual beli atau sub-jualan hartanah kami atau untuk perkhidmatan kami;. borang-borang kami sama ada dalam format elektronik ataupun bercetak;.
apa-apa surat-menyurat yang kami terima daripada anda untuk meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan; dan/atau. kad perniagaan atau maklumat lain yang dibekalkan kepada kami atau yang telah diletakkan di dalam premis kami atau diberikan kepada pekerja atau ejen jualan atau pemasaran kami atau ejen kami yang lain.